Angelina Jolie
Angelina Jolie

Angelina Jolie

Angelina Jolie Voight (lahir 4 Jun 1975) merupakan pelakon wanita seksi dan juga sukarelawan UNHCR yang terkenal dari Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi tiga anugerah Golden Globe dan sebuah Oscar sebagai "Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" bagi lakonannya dalam filem "Girl, Interrupted". Pada Julai 2005, Jolie telah menjadi pelakon wanita ketiga menyertai kelab berprestij yang dipanggil "Kelab $20 Juta" ("$20 Juta Club") apabila beliau meminta bayaran sebanyak AS$20 juta untuk filem "Mr and Mrs Smith". Ahli-ahli kelab ini termasuk pelakon wanita terkenal, iaitu Cameron Diaz dan Julia Roberts.